LEMBAGA PELAWAT HOSPITAL TENGKU AMPUAN AFZAN,
PAHANG DARUL MAKMUR

  Bangunan Utama Hospital Tengku Ampuan Afzan dan Pusat Rawatan Harian
Anda adalah pelawat ke : Free Counter
Ahli Lembaga Pelawat Hospital Tengku Ampuan Afzan

Pengenalan :

Lembaga Pelawat Hospital di wujudkan selaras dengan Akta Lembaga Pelawat
Hospital tahun 1946. Ahli-ahli dilantik Menteri Kesihatan untuk tempuh 3 tahun.
Lembaga ini akan mengadakan mesyuarat setiap bulan pada hari Khamis pertama
setiap bulan jam 2.30 petang bertempat Bilik Mesyuarat Baiduri HTAA

Ahli-ahli ALP HTAA untuk sessi 2004 :

Ahli-ahli :
1.   Cik Tay Keng Chee ( Pengerusi )
2.   En.Abdul Rashid Salleh
3.   Dato' Pheng Yin Huah
4.   Dato' Ramanathan
5.   Hjh.Kamariah
6.   Puan Norashikin Osman
7.   Puan Fatimah Karim
8.   En. Yeap Ho Sai
8.   En. Tan Chin Hua
9.   En.Khaw Dau Yau
10. En. Chow Chin Shein
11. En. Bahir Othman
14. En.Ahmad Omar
14. En. Abu Talib Atan
12. En. Foo Boon Fong
13. En. Anamalai
14. En. Abdul Kudus
15. Pn.Nik Zulida ( Setiausaha )
 

Fungsi :

1.  Menjadi pengantara antara HTAA dan pelanggan

ALP memainkan peranan perhubungan awam yang positif dengan memberi
penerangan yang jelas kepada orang awam mengenai kemudahan-kemudahan
dan perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan oleh pihak hospital serta
masalah-masalah yang dihadapi oleh pihak hospital dalam memberi perkhidmatan
kepada orang ramai.

2.  Menjalankan projek kebajikan untuk pelanggan

ALP diharap dapat memberi perkhidmatan kebajikan kepada pesakit-pesakit dan
hospital umpamanya dengan menghadiahkan pakaian lama kepada pesakit miskin
serta mengumpul buku-buku dan majalah untuk bacaan pesakit, mengumpul dan
menghadiahkan pakaian lama kepada pesakit miskin serta mengumpul dan
menghadiahkan barang-barang permainan kepada pesakit kanak-kanak.

Selain daripada itu, ALP juga boleh secara peribadi menyumbangkan atau
mendapatkan bantuan kewangan misalnya untuk membaiki surau, tanam bunga,
tempat pesakit berehat dan sebagainya.
 

3.  Menjaga prestasi kakitangan

ALP boleh memain peranan dalam menjaga prestasi kakitangan dengan mengemuka
sebarang cadangan atau teguran positif dalam meningkatkan lagi mutu perkhidmatan
semasa mesyuarat bulanan atau bila perlu kepada pihak pengurusan hospital.
 

Dengan cara ini imej dan peranan sesebuah hospital akan dapat diperbaiki dan
perkhidmatan Lembaga Pelawat akan disanjung tinggi.

Tugas :

A. Lawatan/ Pemeriksa

Pemantauan dan pemeriksaan dilakukan disemua bahagian HTAA.
Ahli-ahli dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu :
          i.   Wad
         ii.  Klinik
        iii.  Perkhidmatan Kaunter
        vi.  Unit Sokongan

B.  Projek-projek kebajikan

       i.  Penyediaan Asrama Pelawat dengan kadar RM5.00 sehari
        ii.  Tabung Hayat / Kebajikan untuk mereka yang kurang upaya

C.  Antara HTAA dan Pelanggan

        i.  Mengutarakan masaalah yang dihadapi oleh pelanggan
         ii.  Mengesyorkan cara kerja yang cekap
        iii.  Memberi pandangan yang positif

    Gambar1     Gambar2     Gambar3     Gambar4     Gambar5     Gambar6
   
Pelawat PD
    Pelawat PD1     Pelawat PD2     Pelawat PD3     Pelawat PD4    

Alamat untuk dihubungi :

Surat-menyurat :

Cik Tay Kheng Chee
Pengerusi Lembaga Pelawat
Hospital Tengku Ampuan Afzan,
Jalan Tanah Putih, 25100 Kuantan,
Pahang Darul Makmur

Telefon : 09-5572027
E-mail  :alphtaa@lycos.com
Laman Web : http://alphtaa.tripod.com

Hantar Komen / Maklum Balas


;">
Ke Web Unit Q


Webmaster




Lose Weight